Monday 10 July 2017

Cara Membeli Motor Baru

Salam Semua ..
ini lah posting yang saya update selepas 2tahun menyepi .. bukan ape ..
dah rindu rasanya nak jadi hebat seperti dulu

okey.. straight the point
sebenarnya dalam kita menyepi tu tengah menternak duit dalam2 tahun yg ekonomi gawat, alhamdulillah dapat lah gak apa yang di hajat tu ingat nak beli Motor 150cc, tapi dapat Yamaha 135cc je.. takpelah jadi lah motor baru gak.


Cara nak beli motor mudah je 

1) sediakan Document
  • Salinan Kad pengenalan
  • Salinan lesen memandu ( Untuk Motor B, B1 & B2), kalau xde tak cukup syarat lah
  • Salinan 2bulan slip gaji
  • Salinan bill Tnb @ Syabas ( kalau kedai tak minta takyah bagi pun takpe)
2) Modal Pendahuluan 
  • Kalau Motor bawah 135cc, modal muka kecik pun takde 
  • Kalau Motor 150cc Paling kuat kedai minta Rm2000
  • Kemampuan untuk bayaran bulanan 
3) Kesabaran Penantian
  • Tempoh prosess dokumen kurang 2mingu ( Kedai → Kilang → Kedai → JPJ ) so dalam tempoh tu bawa-bawa lah bersabar menunggu..
  • then kena tambah Rm80 untuk yuran JPJ 
4) Process pembayaran 
  • sebelum kedai proceed order .. dia akan tanya ngan kita installment nak buat under kedai ke Aeon credit ? Pilih Aeon Credit, sebab bulanan ada gaji, jadi boleh bayar Online nanti, ini pun terpulang pada induvidu
  • Lagi dia tanya nak hutang berapa lama ? ( yang ini terpulang pada punya badan) Maximum 5 tahun, tapi penatlah nak tunggu, hutang tak habis2
  • 24bulan ~ 30bulan  " Ini Biasa"
  • 36bulan ~ 48bulan  " Kadang2
  • 60bulan                   " Jarang2"
Contah Cara pengiraan sewa dan beli motor untuk motor baru  25% faedah 
Harga Motor 135cc          Rm9120
Harga Deposit (Tolak)      Rm3500
Balance                             Rm5620 

Dari Balance Rm5620 + 25%  (Rm1405)
Jadi Rm7025 ÷ (berapa Bulan Yang korang Nak)
Macam Aku ambik 30 bulan 
7025 ÷ 30
Rm236 sebulan lah korang kena bayar 
dah faham sikit ?
okey, Bagus
5) Akhir Sekali
  • Lepas Kedai Call tu, maksud nya motor dah de, dah boleh datang dan collect, 
  • Sebelom tu korang kena sign agrement kedai, baru kedai bagi lepas motor
  • lagi korang akan dapat Free helmet, key-lock and baju hujan (ini standard) mesti dapat.
  • ada lagi ... korang akan dapat 1tahun waranty, free service 
1) 500 km/j pertama
2) 2000 km/j kedua
3) 2000 km/j dan seterus selama setahun

  • FYI mula buat pembayaran pertama adalah setelah cukup sebulan rotax
  • Contah nya rotax tu 1 June, so 1st payment adalah 1 July 








Sunday 2 June 2013

Terbaek!! Mee Segera Sebagai "Door Gifts"

        Asal budaya memberi sumbangan dalam masyarakat melayu jawa sama seperti berniaga, tuan rumah membuka perniagaan, pengunjung datang untuk makan, sama seperti makan kat kedai juga, 
  • Di kedai -  Sendiri >>datang >>makan >>bayar
  • Di majlis -Jemput >>datang >>makan >>bayar
Jadi sape2 yang nak pergi majlis tu tapi niat taknak hulur2, baik jangan pergi. tentang nilai, itu ikut seikhlas hati, biarpun ikhlas jangan la bagi Rm1~Rm2, kesian tuan rumah, macamana kalau anda yang niaga, sedih kan...

       Dipendekkan cerita, baru2 ni saya ada pergi majlis berkhatan. Masa kita salam dengan tuan rumah, dia pun tak balas tangan dengan kosong. 
"kita bagi dia sumbangan >> dia bagi kita cenderahati (Door gifts)''~
Dah tabiat orang kita bila dapat door gifts cepat2 tengok isinya. Masa tu kita orang tergelak~!!.. apa yang lawaknya durang bagi mee segera sebagai door gifts.



        Tapi dalam lawak punya lawak door gifts tu... ia memang terbaek!!, sebab petang dah kenyang makan kat tuan rumah. malam pulak kenyang makan mee segera (malam tu takde mood nak masak), Majlis aku nanti pun aku nak bagi mee segera memang 'Lawak' tapi 'Terbaek!'

Thursday 30 May 2013

Cara Daftar CIMBclicks Online

Terdapat 2 bahagian...

Bahagian 1

Pendaftaran CIMBclick di Mesin ATM
1- Pergi ke mesin ATM
2- Masukkan Nombor Pin kad anda
3- Pilih menu Lain-lain
4- Pilih Cimb Clicks >>Cimb Clicks E-pin
5- Masukkan 6-Digit Nombor E-pin (Nombor rekaan sendiri)
6- Masukkan sekali lagi Nombor E-pin
7- Masukkan Nombor Handphone 
    (Tujuan untuk terima TAC bagi pengesahan transaksi)

Bahagian 2

Pendaftaran CIMBclick di Website 
1- klik disini https://www.cimbclicks.com.my/ibk/
2- Pilih "First Login" 
    ** jika tidak berjaya anda perlu menelepon customer service untuk 
       peng-accessan sistem banking.
    ** kemudian cuba lagi untuk pilihan " first Login"
3- Isi semua maklumat dalam kotak paparan dengan tepat (lihat tulisan biru)
BankCard / Credit Card No. / Loan No. / Unit Trust Account No. / Master Agreement Number / Securities Custodial Account No.:
 
**16-Digit ini ada belakang kad BANKCARD
e.g (BankCard) 5018552000008887
e.g (Credit Card) 5104500100201580
e.g (Loan No.) 23439845893245
e.g (Unit Trust Account No.) A80027901
e.g (Master Agreement Number) 
CIMB Clicks e-PIN: **No E-pin tadi
CIMB Clicks ID: **Abjad & No (8text)
CIMB Clicks Password: **Abjad & No (8text)
Re-enter Password
:
Mother's Maiden Name:
Email Address:
Insert Your SecureWord here:                                        ** ape saja (8text)

4- Klik 'Accept'
5- Klik 'Summit'
6- Siap! Cuba "login" sekali lagi dengan ID baru yang telah anda summit tadi.

                                           ~~     Semoga Berjaya    ~~

Wednesday 22 May 2013

Denda Kelewatan Daftar Kad Pengenalan.

Untuk Pengetahuan Umum, JPN (Jabatan Pendaftaran Negara)telah mengenakan kompaun kepada permohonan yang melewati mendaftar semula selepas mencapai umur 18 tahun sehingga 25 tahun.kononnya untuk kesedaran masyarakat.Itupun aku tahu bulan lepas,kalau nak di ikutkan rekod aku, cuma 2kali je buat penukaran kad pengenalan. 
  • Umur 12tahun (1995)
  • Umur 18tahun (2000)
  • Umur 25tahun (2013)-baru je pun..
Jadi aku pun pergi lah buat IC, pengawai tu kata nak kena bayar denda kelewatan, ok takpe la kalau memang aku dah lewat nak memperbahurui kad pengenalan.Yang tak boleh tahan nya kena bayar denda mahal sangat, dia charge aku Rm100. Aku pun pelik macamana boleh kena denda mahal sangat rupanya,

Bayaran Permohonan....................  RM10.00

Bayaran Gantian - kad Rosak ..........  Rm10.00
Denda Lewat :
           25tahun Rm  0.00
           26tahun Rm20.00
           27tahun Rm40.00
           28tahun Rm60.00
           29tahun Rm80.00 -............. Rm80.00
Jumlah                                               Rm100.00

       Itupun sebab aku belum 30tahun, kalau umur aku dah 30tahun naik lagi Rm20.00...jadi lah Rm100.00, Adoi ikut hati memang panas, tapi ape boleh buat, alang-alang dah sampai tujuan tak kan nak balik pulak. nak tak nak kena bayar la juga. Aku rase dah macam buat pasport.


      Apa-ape pun, penukaran Kad pengenalan memang dituntut memandangkan cip IC aku ni dah tak boleh nak scan cap jari lagi, gambar pun dah hilang mata sebiji, memang patut tukar pun.
Ingatlah kamu, sebelum kamu lupa, pastu terkena  (~.~) 

Thursday 16 May 2013

Cara Penukaran Had Limit Debit kad

Apa tujuan Had Limit ini dilakukan.., ia adalah limit untuk pemegang kad debit untuk membuat pengeluaran & belian dengan jumlah had yang telah tetapkan .biasanya bank memberi limit Rm200 - Rm5,000.
kelebihannya..

  • Memudahkan kita membuat pembelian secara online. Jika limit anda Rm500 saja transaksi debit  untuk pembelian atas Rm500 tidak berjaya.
  • Memudahkan kita membuat pengeluaran sekali sehari lebih dari Rm1000 (kebiasaannya).
Yang saya nak cerita ni.. cara penukaran had limit Debit kad maybank atau Cimb. Jika ada anda diluar sana ingin tahu bagaimana cara untuk menukar had limit debit kat tapi malas pegi bank(jauh) atau segan nak tanya kat pegawai bank tu.. lihat caranya :-
1- Pergi kat ATM mesin
2- Masukkan No pin.
3- Pilih Lain-lain Urusniaga
4- Penukaran Had/Bahasa
5- Had Pengeluaran / Belian
6- Sila Pilih Jumlah Had Yang Dikehendaki Rm200 hingga Rm5,000
7- Masukkan No. kad pengenalan (Baru) Untuk pengesahan.
Penukaran ini boleh access dengan serta-merta tidak perlu tunggu 24jam..

Semoga berjaya !!!

Cara Membeli Motor Baru

Salam Semua .. ini lah posting yang saya update selepas 2tahun menyepi .. bukan ape .. dah rindu rasanya nak jadi hebat seperti dulu oke...