Thursday 30 May 2013

Cara Daftar CIMBclicks Online

Terdapat 2 bahagian...

Bahagian 1

Pendaftaran CIMBclick di Mesin ATM
1- Pergi ke mesin ATM
2- Masukkan Nombor Pin kad anda
3- Pilih menu Lain-lain
4- Pilih Cimb Clicks >>Cimb Clicks E-pin
5- Masukkan 6-Digit Nombor E-pin (Nombor rekaan sendiri)
6- Masukkan sekali lagi Nombor E-pin
7- Masukkan Nombor Handphone 
    (Tujuan untuk terima TAC bagi pengesahan transaksi)

Bahagian 2

Pendaftaran CIMBclick di Website 
1- klik disini https://www.cimbclicks.com.my/ibk/
2- Pilih "First Login" 
    ** jika tidak berjaya anda perlu menelepon customer service untuk 
       peng-accessan sistem banking.
    ** kemudian cuba lagi untuk pilihan " first Login"
3- Isi semua maklumat dalam kotak paparan dengan tepat (lihat tulisan biru)
BankCard / Credit Card No. / Loan No. / Unit Trust Account No. / Master Agreement Number / Securities Custodial Account No.:
 
**16-Digit ini ada belakang kad BANKCARD
e.g (BankCard) 5018552000008887
e.g (Credit Card) 5104500100201580
e.g (Loan No.) 23439845893245
e.g (Unit Trust Account No.) A80027901
e.g (Master Agreement Number) 
CIMB Clicks e-PIN: **No E-pin tadi
CIMB Clicks ID: **Abjad & No (8text)
CIMB Clicks Password: **Abjad & No (8text)
Re-enter Password
:
Mother's Maiden Name:
Email Address:
Insert Your SecureWord here:                                        ** ape saja (8text)

4- Klik 'Accept'
5- Klik 'Summit'
6- Siap! Cuba "login" sekali lagi dengan ID baru yang telah anda summit tadi.

                                           ~~     Semoga Berjaya    ~~

Wednesday 22 May 2013

Denda Kelewatan Daftar Kad Pengenalan.

Untuk Pengetahuan Umum, JPN (Jabatan Pendaftaran Negara)telah mengenakan kompaun kepada permohonan yang melewati mendaftar semula selepas mencapai umur 18 tahun sehingga 25 tahun.kononnya untuk kesedaran masyarakat.Itupun aku tahu bulan lepas,kalau nak di ikutkan rekod aku, cuma 2kali je buat penukaran kad pengenalan. 
  • Umur 12tahun (1995)
  • Umur 18tahun (2000)
  • Umur 25tahun (2013)-baru je pun..
Jadi aku pun pergi lah buat IC, pengawai tu kata nak kena bayar denda kelewatan, ok takpe la kalau memang aku dah lewat nak memperbahurui kad pengenalan.Yang tak boleh tahan nya kena bayar denda mahal sangat, dia charge aku Rm100. Aku pun pelik macamana boleh kena denda mahal sangat rupanya,

Bayaran Permohonan....................  RM10.00

Bayaran Gantian - kad Rosak ..........  Rm10.00
Denda Lewat :
           25tahun Rm  0.00
           26tahun Rm20.00
           27tahun Rm40.00
           28tahun Rm60.00
           29tahun Rm80.00 -............. Rm80.00
Jumlah                                               Rm100.00

       Itupun sebab aku belum 30tahun, kalau umur aku dah 30tahun naik lagi Rm20.00...jadi lah Rm100.00, Adoi ikut hati memang panas, tapi ape boleh buat, alang-alang dah sampai tujuan tak kan nak balik pulak. nak tak nak kena bayar la juga. Aku rase dah macam buat pasport.


      Apa-ape pun, penukaran Kad pengenalan memang dituntut memandangkan cip IC aku ni dah tak boleh nak scan cap jari lagi, gambar pun dah hilang mata sebiji, memang patut tukar pun.
Ingatlah kamu, sebelum kamu lupa, pastu terkena  (~.~) 

Thursday 16 May 2013

Cara Penukaran Had Limit Debit kad

Apa tujuan Had Limit ini dilakukan.., ia adalah limit untuk pemegang kad debit untuk membuat pengeluaran & belian dengan jumlah had yang telah tetapkan .biasanya bank memberi limit Rm200 - Rm5,000.
kelebihannya..

  • Memudahkan kita membuat pembelian secara online. Jika limit anda Rm500 saja transaksi debit  untuk pembelian atas Rm500 tidak berjaya.
  • Memudahkan kita membuat pengeluaran sekali sehari lebih dari Rm1000 (kebiasaannya).
Yang saya nak cerita ni.. cara penukaran had limit Debit kad maybank atau Cimb. Jika ada anda diluar sana ingin tahu bagaimana cara untuk menukar had limit debit kat tapi malas pegi bank(jauh) atau segan nak tanya kat pegawai bank tu.. lihat caranya :-
1- Pergi kat ATM mesin
2- Masukkan No pin.
3- Pilih Lain-lain Urusniaga
4- Penukaran Had/Bahasa
5- Had Pengeluaran / Belian
6- Sila Pilih Jumlah Had Yang Dikehendaki Rm200 hingga Rm5,000
7- Masukkan No. kad pengenalan (Baru) Untuk pengesahan.
Penukaran ini boleh access dengan serta-merta tidak perlu tunggu 24jam..

Semoga berjaya !!!

Cara Membeli Motor Baru

Salam Semua .. ini lah posting yang saya update selepas 2tahun menyepi .. bukan ape .. dah rindu rasanya nak jadi hebat seperti dulu oke...