Monday 10 July 2017

Cara Membeli Motor Baru

Salam Semua ..
ini lah posting yang saya update selepas 2tahun menyepi .. bukan ape ..
dah rindu rasanya nak jadi hebat seperti dulu

okey.. straight the point
sebenarnya dalam kita menyepi tu tengah menternak duit dalam2 tahun yg ekonomi gawat, alhamdulillah dapat lah gak apa yang di hajat tu ingat nak beli Motor 150cc, tapi dapat Yamaha 135cc je.. takpelah jadi lah motor baru gak.


Cara nak beli motor mudah je 

1) sediakan Document
  • Salinan Kad pengenalan
  • Salinan lesen memandu ( Untuk Motor B, B1 & B2), kalau xde tak cukup syarat lah
  • Salinan 2bulan slip gaji
  • Salinan bill Tnb @ Syabas ( kalau kedai tak minta takyah bagi pun takpe)
2) Modal Pendahuluan 
  • Kalau Motor bawah 135cc, modal muka kecik pun takde 
  • Kalau Motor 150cc Paling kuat kedai minta Rm2000
  • Kemampuan untuk bayaran bulanan 
3) Kesabaran Penantian
  • Tempoh prosess dokumen kurang 2mingu ( Kedai → Kilang → Kedai → JPJ ) so dalam tempoh tu bawa-bawa lah bersabar menunggu..
  • then kena tambah Rm80 untuk yuran JPJ 
4) Process pembayaran 
  • sebelum kedai proceed order .. dia akan tanya ngan kita installment nak buat under kedai ke Aeon credit ? Pilih Aeon Credit, sebab bulanan ada gaji, jadi boleh bayar Online nanti, ini pun terpulang pada induvidu
  • Lagi dia tanya nak hutang berapa lama ? ( yang ini terpulang pada punya badan) Maximum 5 tahun, tapi penatlah nak tunggu, hutang tak habis2
  • 24bulan ~ 30bulan  " Ini Biasa"
  • 36bulan ~ 48bulan  " Kadang2
  • 60bulan                   " Jarang2"
Contah Cara pengiraan sewa dan beli motor untuk motor baru  25% faedah 
Harga Motor 135cc          Rm9120
Harga Deposit (Tolak)      Rm3500
Balance                             Rm5620 

Dari Balance Rm5620 + 25%  (Rm1405)
Jadi Rm7025 ÷ (berapa Bulan Yang korang Nak)
Macam Aku ambik 30 bulan 
7025 ÷ 30
Rm236 sebulan lah korang kena bayar 
dah faham sikit ?
okey, Bagus
5) Akhir Sekali
  • Lepas Kedai Call tu, maksud nya motor dah de, dah boleh datang dan collect, 
  • Sebelom tu korang kena sign agrement kedai, baru kedai bagi lepas motor
  • lagi korang akan dapat Free helmet, key-lock and baju hujan (ini standard) mesti dapat.
  • ada lagi ... korang akan dapat 1tahun waranty, free service 
1) 500 km/j pertama
2) 2000 km/j kedua
3) 2000 km/j dan seterus selama setahun

  • FYI mula buat pembayaran pertama adalah setelah cukup sebulan rotax
  • Contah nya rotax tu 1 June, so 1st payment adalah 1 July 








Cara Membeli Motor Baru

Salam Semua .. ini lah posting yang saya update selepas 2tahun menyepi .. bukan ape .. dah rindu rasanya nak jadi hebat seperti dulu oke...